BERITA

    

 

 

JABATAN PENTADBIRAN & AKAUN

Jabatan Pentadbiran berfungsi dan melaksanakan tugas-tugas seperti berikut :

  1. Menjaga dan mengemaskini semua fail Yayasan samada surat keluar atau surat masuk

  2. Menjaga dan memastikan semua aset Yayasan seperti kenderaan, komputer dan sebagainya berada dalam keadaan yang baik.

  3. Meyediakan semua surat atas arahan Pengerusi.

  4. Merekod (scan) segala surat masuk dan surat keluar untuk disimpan ke dalam komputer.

  5. Membuat semua urusan berkaitan dengan teknologi maklumat.seperti mencari alternatif menggunakan Internet.

  6. Merekod cuti yang diambil oleh staf Yayasan.

  7. Melakukan urusan luar pejabat seperti ke bank, pejabat pos, urusan cukai jalan kenderaan dan sebagainya.

  8. Menjaga fail-fail / boucer-boucer TAKEP dan fail minit mesyuarat.

  9. Memastikan semua surat masuk / keluar mempunyai salinannya. Jika tidak ada, surat tersebut hendaklah discan.

  10. Menyimpan / menjaga / mengemaskini semua maklumat dan data-data Yayasan dalam komputer.

 

Jabatan Akaun pula menjalankan tanggungjawab seperti berikut : 

  1. Menyimpan penyata akaun dan melakukan semua laporan akaun tersebut.

  2. Mengemaskini dan menyimpan semua boucer YAK

  3. Mengemaskini boucer-boucer YAK dengan kaki-kaki cek yang berkenaan seperti boucer HSBC dengan kaki cek HSBC.

  4. Mengadakan kerjasama dengan juruaudit akaun.

  5. Menjaga resit yang dikecualikan cukai, selepas diserahkan balik oleh juruaudit.

 

 

 

 

HIMPUNAN HADIS

Hadis 1. يَا أَبَاذَرٍّ ، لَأَنْ تَغْدَوْا فَتُعَلِّمَ اَيَةً مِنْ كِتَابِ اللَّهِ خَيْرٌ لَّكَ مِنْ اَنْ تُصَلِّيَ مِائَةَ رَكْعَةٍ ، وَلَأَنْ تَغْدُوْا فَتُعَلِّمَ بَابًا مِنَ الْعِلْمِ عُمِلَ بِهِ اَوْ لَمْ يُعْمَلْ ، خَيْرٌ مِنْ اَنْ تُصَلِّيَ أَلْفَ رَكْعَةٍ . (ابن ماجة) “Wahai Aba Dzar, kamu pergi mengajarkan ayat dari Kitabullah telah baik bagimu dari pada shalat (sunnah) seratus rakaat, dan pergi mengajarkan satu bab ilmu pengetahuan baik dilaksanakan atau tidak, itu lebih baik dari pada shalat seribu rakaat.” (HR. Ibn Majah)

Hadis 2. قَلِيْلُ الْعِلْمِ خَيْرٌ مِنْ كَثِيْرِ الْعِبَادَةِ ، وَكَفَى بِالْمَرْءِ فِقْهًا إِذَا عَبَدَ اللَّهَ وَكَفَى بِالْمَرْءِ جَهْلاً إِذَا أُعْجِبَ بِرَأْيِهِ . ( الطبرانى ) “Sedikit ilmu itu lebih baik dari banyak ibadah, cukup bagi seorang pengetahuan fiqihnya jika dia mampu beribadah kepada Allah (dengan baik) dan cukup bodoh bila seorang merasa bangga (ujub) dengan pendapatnya sendiri.” (Al-Thabraniy)

Hadis 3. تَجَاوَزُوْا عَنْ ذَنْبِ السَّخِيِّ وَزَلَّةِ الْعَالِمِ وَسَطْوَةِ السُّلْطَانِ الْعَادِلِ ، فَإِنَّ اللَّهَ تَعَالَى اَخِذٌ بِيَدِهِمْ كُلَّمَا عَثَرَعَاشِرٌ مِنْهُمْ . ( البخارى ) “Maafkanlah dosa orang yang murah hati, kekeliruan seorang ulama dan tindakan seorang penguasa yang adil. Sesungguhnya Allah Ta’ala membimbing mereka apabila ada yang tergelincir.” (Bukhari)

Hadis 4. تَنَاصَحُوْا فِى الْعِلْمِ ، وَلاَ يَكْتُمْ بَعْضُكُمْ بَعْضُا ، فَإِنَّ خِيَانَةً فِى الْعِلْمِ أَشَدُّ مِنْ خِيَانَةٍ فِى الْمَالِ . ( ابو نعيم ) “Saling berlakulah jujur dalam ilmu dan jangan saling merahsiakannya. Sesungguhnya berkhianat dalam ilmu pengetahuan lebih berat hukumannya dari pada berkhianat dalam harta.” (Abu Nu’ai)

Hadis 5. مَنْ سَلَكَ طَرِيْقًا يَلْتَمِسُ فِيْهِ عِلْمًا ، سَهَّلَ اللَّهُ بِهِ طِرِيْقًا إِلَى الْجَنَّةِ . (أبو داود) “Barangsiapa merintis jalan mencari ilmu maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga.” (HR. Muslim

 

 

TANYA KAMI