BERITA

    

 

 

KONSEP

الله يرحم Tuan Haji Nik Taib b. Hj. Mohammad adalah pengasas kepada Yayasan ini. الله يرحم telah mengilhamkan satu konsep menerusi perkataan (MENGHIDUPKAN) iaitu :

1. Menghidupkan BUMI mati; konsep ini bermaksud semua tanah-tanah terbiar yang tidak diguna atau dibiarkan oleh tuan-tuan tanah hendaklah dihidupkan dan digunakan bagi mengadakan pertanian atau apa jua kegunaan dengan tujuan memberi faedah kepada tuan-tuan tanah dan rakyat setempat.   

2. Menghidupkan MODAL mati; ianya bermaksud wang atau harta benda yang diletak dalam bank atau disimpan tanpa apa-apa faedah boleh dibuat modal untuk diperniagakan dalam bidang-bidang yang boleh memberi pulangan dan juga kebaikan kepada para peniaga asalkan wang dan harta benda itu tidak rugi atau kurang nilainya.     

3. Menghidupkan ILMU mati; maksudnya para kakitangan kerajaan atau seumpamanya yang telah pencen yang berulang alik ke masjid atau berehat di rumah sewajibnya diberi tugas dan tanggungjawab yang sepadan kerana ilmu-ilmu mereka ini amatlah berharga dan tidak harus bagi mereka tidak menyumbang ilmu-ilmu mereka dalam bidang masing-masing kerana mereka ini diibarat sebagai buah yang amat ranum yang tunggu untuk ditabur pengalaman dan ilmu yang matang kepada orang-orang muda yang tidak dan kurang berpengalaman.

4. Menghidupkan MANUSIA mati; iaitu para penganggur sama ada lepasan pengajian tinggi atau yang sudah berhenti belajar atau yang tiada pekerjaan. Mereka ini diibaratkan sebagai tenaga yang terbengkalai yang memerlukan kepada bimbingan para pengusaha atau peniaga dalam memberi ajaran dan latihan untuk mereka belajar dan menggunakan tenaga dalam mengharungi hidup yang berjaya.

 

 

 

 

HIMPUNAN HADIS

Hadis 1. يَا أَبَاذَرٍّ ، لَأَنْ تَغْدَوْا فَتُعَلِّمَ اَيَةً مِنْ كِتَابِ اللَّهِ خَيْرٌ لَّكَ مِنْ اَنْ تُصَلِّيَ مِائَةَ رَكْعَةٍ ، وَلَأَنْ تَغْدُوْا فَتُعَلِّمَ بَابًا مِنَ الْعِلْمِ عُمِلَ بِهِ اَوْ لَمْ يُعْمَلْ ، خَيْرٌ مِنْ اَنْ تُصَلِّيَ أَلْفَ رَكْعَةٍ . (ابن ماجة) “Wahai Aba Dzar, kamu pergi mengajarkan ayat dari Kitabullah telah baik bagimu dari pada shalat (sunnah) seratus rakaat, dan pergi mengajarkan satu bab ilmu pengetahuan baik dilaksanakan atau tidak, itu lebih baik dari pada shalat seribu rakaat.” (HR. Ibn Majah)

Hadis 2. قَلِيْلُ الْعِلْمِ خَيْرٌ مِنْ كَثِيْرِ الْعِبَادَةِ ، وَكَفَى بِالْمَرْءِ فِقْهًا إِذَا عَبَدَ اللَّهَ وَكَفَى بِالْمَرْءِ جَهْلاً إِذَا أُعْجِبَ بِرَأْيِهِ . ( الطبرانى ) “Sedikit ilmu itu lebih baik dari banyak ibadah, cukup bagi seorang pengetahuan fiqihnya jika dia mampu beribadah kepada Allah (dengan baik) dan cukup bodoh bila seorang merasa bangga (ujub) dengan pendapatnya sendiri.” (Al-Thabraniy)

Hadis 3. تَجَاوَزُوْا عَنْ ذَنْبِ السَّخِيِّ وَزَلَّةِ الْعَالِمِ وَسَطْوَةِ السُّلْطَانِ الْعَادِلِ ، فَإِنَّ اللَّهَ تَعَالَى اَخِذٌ بِيَدِهِمْ كُلَّمَا عَثَرَعَاشِرٌ مِنْهُمْ . ( البخارى ) “Maafkanlah dosa orang yang murah hati, kekeliruan seorang ulama dan tindakan seorang penguasa yang adil. Sesungguhnya Allah Ta’ala membimbing mereka apabila ada yang tergelincir.” (Bukhari)

Hadis 4. تَنَاصَحُوْا فِى الْعِلْمِ ، وَلاَ يَكْتُمْ بَعْضُكُمْ بَعْضُا ، فَإِنَّ خِيَانَةً فِى الْعِلْمِ أَشَدُّ مِنْ خِيَانَةٍ فِى الْمَالِ . ( ابو نعيم ) “Saling berlakulah jujur dalam ilmu dan jangan saling merahsiakannya. Sesungguhnya berkhianat dalam ilmu pengetahuan lebih berat hukumannya dari pada berkhianat dalam harta.” (Abu Nu’ai)

Hadis 5. مَنْ سَلَكَ طَرِيْقًا يَلْتَمِسُ فِيْهِ عِلْمًا ، سَهَّلَ اللَّهُ بِهِ طِرِيْقًا إِلَى الْجَنَّةِ . (أبو داود) “Barangsiapa merintis jalan mencari ilmu maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga.” (HR. Muslim

 

 

TANYA KAMI