BERITA

    

 

 

PENGENALAN

Pertubuhan ini dinamakan Yayasan Al-Khairiah. Dalam bahasa arab disebut:" المؤسســة الخيرية"dan ditutur dalam bahasa Melayu :  Al-Muassasah Al-Khairiah ”. Terjemahan dalam bahasa Inggeris ialah : Al-Khairiah Foundation”

Alamat berdaftar dan surat menyurat ialah di LOT 393, PANGSAPURI KENALI,JALAN RAJA PEREMPUAN ZAINAB 2, 16150 KUBANG KERIAN, KOTA BHARU, KELANTAN. Yayasan Al-Khairiah telah ditubuhkan pada 10hb.  Disember, 1987 dan No.Pendaftaran 821/87(Kelantan).

Tujuan penubuhan Yayasan Al-Khairiah adalah bagi membolehkan Yayasan Al-Khairiah menjalankan aktiviti-aktiviti Pembinaan masjid-masjid, tandas dan telaga, asrama anak-anak yatim, biayai anak-anak yatim, duat, pembahagian zakat tahunan/bantuan kewangan dan pelaburan.

Selain itu, Yayasan Al-Khairiah juga menubuhkan hostel anak-anak yatim dengan tujuan mentarbiah anak-anak yatim. Yayasan mahu anak-anak yatim ini dididik sepertimana ibubapa mendidik anak-anak mereka di rumah iaitu bukan saja memberi perlindungan (tempat tinggal) dan makan pakai sahaja tetapi didikan agama dan akhlak juga diutamakan.

Di samping itu pelajaran akademik juga sangat dititikberatkan supaya mereka boleh berjaya dan berkerjaya kelak. Sebab itu, Yayasan sanggup mencari pembiayaan untuk mereka mendapat pelajaran yang lebih baik dengan mengupah guru-guru tuisyen bagi mengajar mereka. Begitu juga Yayasan tidak keberatan untuk meminta sumbangan orang ramai bagi melengkapkan lagi kemudahan-kemudahan di hostel ini bagi keselesaan anak-anak yatim ini.

 

 

 

 

 

HIMPUNAN HADIS

Hadis 1. يَا أَبَاذَرٍّ ، لَأَنْ تَغْدَوْا فَتُعَلِّمَ اَيَةً مِنْ كِتَابِ اللَّهِ خَيْرٌ لَّكَ مِنْ اَنْ تُصَلِّيَ مِائَةَ رَكْعَةٍ ، وَلَأَنْ تَغْدُوْا فَتُعَلِّمَ بَابًا مِنَ الْعِلْمِ عُمِلَ بِهِ اَوْ لَمْ يُعْمَلْ ، خَيْرٌ مِنْ اَنْ تُصَلِّيَ أَلْفَ رَكْعَةٍ . (ابن ماجة) “Wahai Aba Dzar, kamu pergi mengajarkan ayat dari Kitabullah telah baik bagimu dari pada shalat (sunnah) seratus rakaat, dan pergi mengajarkan satu bab ilmu pengetahuan baik dilaksanakan atau tidak, itu lebih baik dari pada shalat seribu rakaat.” (HR. Ibn Majah)

Hadis 2. قَلِيْلُ الْعِلْمِ خَيْرٌ مِنْ كَثِيْرِ الْعِبَادَةِ ، وَكَفَى بِالْمَرْءِ فِقْهًا إِذَا عَبَدَ اللَّهَ وَكَفَى بِالْمَرْءِ جَهْلاً إِذَا أُعْجِبَ بِرَأْيِهِ . ( الطبرانى ) “Sedikit ilmu itu lebih baik dari banyak ibadah, cukup bagi seorang pengetahuan fiqihnya jika dia mampu beribadah kepada Allah (dengan baik) dan cukup bodoh bila seorang merasa bangga (ujub) dengan pendapatnya sendiri.” (Al-Thabraniy)

Hadis 3. تَجَاوَزُوْا عَنْ ذَنْبِ السَّخِيِّ وَزَلَّةِ الْعَالِمِ وَسَطْوَةِ السُّلْطَانِ الْعَادِلِ ، فَإِنَّ اللَّهَ تَعَالَى اَخِذٌ بِيَدِهِمْ كُلَّمَا عَثَرَعَاشِرٌ مِنْهُمْ . ( البخارى ) “Maafkanlah dosa orang yang murah hati, kekeliruan seorang ulama dan tindakan seorang penguasa yang adil. Sesungguhnya Allah Ta’ala membimbing mereka apabila ada yang tergelincir.” (Bukhari)

Hadis 4. تَنَاصَحُوْا فِى الْعِلْمِ ، وَلاَ يَكْتُمْ بَعْضُكُمْ بَعْضُا ، فَإِنَّ خِيَانَةً فِى الْعِلْمِ أَشَدُّ مِنْ خِيَانَةٍ فِى الْمَالِ . ( ابو نعيم ) “Saling berlakulah jujur dalam ilmu dan jangan saling merahsiakannya. Sesungguhnya berkhianat dalam ilmu pengetahuan lebih berat hukumannya dari pada berkhianat dalam harta.” (Abu Nu’ai)

Hadis 5. مَنْ سَلَكَ طَرِيْقًا يَلْتَمِسُ فِيْهِ عِلْمًا ، سَهَّلَ اللَّهُ بِهِ طِرِيْقًا إِلَى الْجَنَّةِ . (أبو داود) “Barangsiapa merintis jalan mencari ilmu maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga.” (HR. Muslim

 

 

 

TANYA KAMI