PENGENALAN

   

 
 

BERITA

    

TUJUAN PENUBUHAN

Di antara tujuan-tujuan besar penubuhan Yayasan Al Khairiah ialah:

1.     Adalah untuk menegakkan Syiar Islam melalui kerja-kerja kebajikan.

2.    Mewujudkan semangat kerjasama kaum Muslimin untuk memainkan peranan penting dalam bidang   kebajikan.

3.    Menanam perasaan kekeluargaan kepada semua golongan kaum Muslimin terutama golongan   berada untuk membantu kaum Muslimin yang lain.

4.    Yayasan juga akan berikhtiar dalam bentuk kerjasama dan tolong menolong untuk kemajuan   umat Islam.

5.    Berikhtiar menolong anak-anak yatim dan pelajar-pelajar yang tidak berkemampuan   menyambung pelajarannya dengan memberi bantuan dan bimbingan.

6.    Berusaha mendidik belia dan beliawanis supaya dapat menjalani kehidupan mereka dengan   baik dan membina masa depan dengan berdikari dalam serba lapangan

7.    Yayasan juga akan berusaha mendapatkan bantuan dan derma dari orang ramai terutama   golongan berada, pertubuhan-pertubuhan, syarikat-syarikat, lembaga-lembaga dan kerajaan   untuk   menjayakan tujuan-tujuan Yayasan ini.

8.    Mengadakan tabung kewangan,kebajikan supaya dapat membiayai kegiatan-kegiatannya.

9.      Yayasan ini boleh memiliki harta

 

 

 

 

 

HIMPUNAN HADIS

Hadis 1. يَا أَبَاذَرٍّ ، لَأَنْ تَغْدَوْا فَتُعَلِّمَ اَيَةً مِنْ كِتَابِ اللَّهِ خَيْرٌ لَّكَ مِنْ اَنْ تُصَلِّيَ مِائَةَ رَكْعَةٍ ، وَلَأَنْ تَغْدُوْا فَتُعَلِّمَ بَابًا مِنَ الْعِلْمِ عُمِلَ بِهِ اَوْ لَمْ يُعْمَلْ ، خَيْرٌ مِنْ اَنْ تُصَلِّيَ أَلْفَ رَكْعَةٍ . (ابن ماجة) “Wahai Aba Dzar, kamu pergi mengajarkan ayat dari Kitabullah telah baik bagimu dari pada shalat (sunnah) seratus rakaat, dan pergi mengajarkan satu bab ilmu pengetahuan baik dilaksanakan atau tidak, itu lebih baik dari pada shalat seribu rakaat.” (HR. Ibn Majah)

Hadis 2. قَلِيْلُ الْعِلْمِ خَيْرٌ مِنْ كَثِيْرِ الْعِبَادَةِ ، وَكَفَى بِالْمَرْءِ فِقْهًا إِذَا عَبَدَ اللَّهَ وَكَفَى بِالْمَرْءِ جَهْلاً إِذَا أُعْجِبَ بِرَأْيِهِ . ( الطبرانى ) “Sedikit ilmu itu lebih baik dari banyak ibadah, cukup bagi seorang pengetahuan fiqihnya jika dia mampu beribadah kepada Allah (dengan baik) dan cukup bodoh bila seorang merasa bangga (ujub) dengan pendapatnya sendiri.” (Al-Thabraniy)

Hadis 3. تَجَاوَزُوْا عَنْ ذَنْبِ السَّخِيِّ وَزَلَّةِ الْعَالِمِ وَسَطْوَةِ السُّلْطَانِ الْعَادِلِ ، فَإِنَّ اللَّهَ تَعَالَى اَخِذٌ بِيَدِهِمْ كُلَّمَا عَثَرَعَاشِرٌ مِنْهُمْ . ( البخارى ) “Maafkanlah dosa orang yang murah hati, kekeliruan seorang ulama dan tindakan seorang penguasa yang adil. Sesungguhnya Allah Ta’ala membimbing mereka apabila ada yang tergelincir.” (Bukhari)

Hadis 4. تَنَاصَحُوْا فِى الْعِلْمِ ، وَلاَ يَكْتُمْ بَعْضُكُمْ بَعْضُا ، فَإِنَّ خِيَانَةً فِى الْعِلْمِ أَشَدُّ مِنْ خِيَانَةٍ فِى الْمَالِ . ( ابو نعيم ) “Saling berlakulah jujur dalam ilmu dan jangan saling merahsiakannya. Sesungguhnya berkhianat dalam ilmu pengetahuan lebih berat hukumannya dari pada berkhianat dalam harta.” (Abu Nu’ai)

Hadis 5. مَنْ سَلَكَ طَرِيْقًا يَلْتَمِسُ فِيْهِ عِلْمًا ، سَهَّلَ اللَّهُ بِهِ طِرِيْقًا إِلَى الْجَنَّةِ . (أبو داود) “Barangsiapa merintis jalan mencari ilmu maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga.” (HR. Muslim

 

 

TANYA KAMI