Alhamdulillah, Yayasan Al-Khairiah (YAK) bersama Iternational Islamic Information & Daawah Centre (IIDAC) telah mengadakan Program Jalinan Kasih di sekitar Kota Bharu, Kelantan.

Walaupun program ini adalah sesuatu yang baru buat pihak YAK, namun ia tidaklah asing bagi IIDAC kerana sudah menjadi kebiasaan baginya dari semenjak 2016 sehingga sekarang.

Program ini adalah bertujuan untuk menyebar luaskan kefahaman sebenar tentang ketoleransian agama Islam terhadap semua bangsa.

Suasana ketika pengagihan ‘Free Food For All’ sangat mendapat sambutan dikala waktu matahari tegak berdiri. Alhamdulillah.

Disamping itu, kami sempat membuat kunjungan ringkas ke kedai-kedai non-muslim bagi menyempurnakan penyerahan buah tangan (paper bag).

Semoga program sebegini dapat diteruskan oleh sesiapapun walau dimana jua pun.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada kesemua yang terlibat, semoga usaha dakwah ini menjadi asbabΒ keΒ Syurga.