Program Agihan Bantuan Asas (Beras, Daging & Bakul Makanan) Kepada 100 keluarga

Agihan 16
cropped-logo-yak-2021.jpeg
Organized By:

Yayasan Al-Khairiah

Program Agihan Bantuan Asas (Beras, Daging & Bakul Makanan) Kepada 100 keluarga

Alhamdulillah selesai beberapa program bersama Fadhilatu As Syeikh Jasim Al Hassan antaranya pengagihan makanan asasi seperti beras & daging kepada penduduk khasnya Taman Desa Mas Machang dan ianya dilaksanakan di masjid penderma dari Kuwait (جزاها الله خيرا). Tambahan lagi, terdapat juga program pengagihan bakul makanan kepada setiap ibu tunggal & fakir miskin.

Kunjungan Syeikh Jasim ini merupakan rutin lawatan tahunan dengan kerjasama pihak kami. Bagi tahun 2023 lepas, pihak YAK juga telah berjaya menyiapkan dengan sempurna pembinaan sebanyak 5 buah rumah ibu tunggal & faqir miskin di beberapa tempat kepada penerima yang cukup syarat. Untuk rekod, Alhmdulillah setakat ini kami telah bina hampir 20 buah rumah kepada golongan berkenaan.

Oleh demikian, kami berdoa agar kedatangan Syeikh yang mewakili Lajnah Ihya’ Turath Islami Kuwait dan pihak dermawan sana berterusan dan membawa barakah serta Rahmat kepada rakyat Kelantan khasnya.