Perjumpaan Bersama Alumni Yayasan Al-Khairiah

WhatsApp Image 2024-09-22 at 10.04.37_25e84c24
cropped-logo-yak-2021.jpeg
Organized By:

Yayasan Al-Khairiah

Alumni Yayasan Al-Khairiah

Assalamualaikum w.b.t

Yayasan Al Khairiah telah menganjurkan perjumpaan kali pertama bersama Alumni Yayasan Al-Khairiah pada 19 Sep 2024 bertempat di Dewan Dato’ Muhammad Daud Al-Iraqi Kubang Kerian.

Majlis perasmian Alumni Yak telah dirasmikan oleh Pengerusi Yayasan Al Khairiah Tn Hj Nik Mohd Zaid bin Nik Taib.

Matlamat penubuhan Alumni Yak adalah untuk mengumpulkan semula semua 3000 orang anak yatim yang pernah menerima bantuan elaun Yak sejak dari tahun 2000 hingga sekarang.

Usaha ini juga dapat mengeratkan dan merapatkan lagi hubungan silaturrahim antara Yak dengan alumni dapat dikekalkan.

Selain itu juga. Yak dapat bekerjasama bersama alumni dalam penganjuran program-program kemanusian, kebajikan, pendidikan akademik & sahsiah, kemahiran dan sebagainya.

Pihak alumni juga dapat memberi cadangan dan membincangkan program yang akan dilaksanakan.

AJK Alumni telah dilantik di kalangan bekas anak yatim dan harapannya agar dapat merancang aktiviti dan program di bawah pimpinannya.